Hari tu dalam sejarah

            Al- kisah..awal tahun selalunya takada aktiviti yang boleh dicanang kecuali dengan family masing-masing, tapi tahun ni lain sikit, kami geng minum petang ni  merancang nak pergi ‘camping’ dengan bermalam di hutan kononnya..rancang punya rancang ‘camping’ nak  dibatalkan, hampeh betul tapi dengan semangat yang hampir hilang,  adalah satu cadangan tu, pergi sana balik hari, aktivitinya pergi memancing ikan pantai, kalau tak dapat ikan pun dapat mandi pun jadilah.Jadi bila semua ahli setuju, pagi sabtu 3 haribulan januari 2009 perjalanan kami pun bermula untuk ke Taman Negara Pulau-pinang.

 

 

 dsc03879

 

 

 

 

Lepas daftar di kaunter pintu masuk, geng ni ber ‘jungle traking’ lah kira-kira 30 minit untuk sampai ke Sungai Tukun, tapi memandangkan semua stamina masih ‘power’ kami pun lajaklah ke Muka Head kira-kira 15 minit perjalanan lagi, itu pun dah rasa mencabarlah kalau pergi ke pantai Keranchut ambil masa 1 jam lebih, penulis ingat geng ni ramai yang pengsan takpun jadi mabuk hutan ( ada ker?). Mula-mula ‘track’ tu oklah, tu pun tak sampai 50 meter ‘track’ nya berbata , lepas tu jadi macam denai (bukan macam lagi memang denailah) tapi yang untungnya denai ni bersih sebabnya ada orang menyapu!  Orang menyapu dalam hutan beb mana nak cari hehe pelik tapi benar…

 

 

 

 dsc038591

 

 

 

Sampai kat sana, macam-macam depa buat ada yang memancing, ada yang terkinjal-kinjal mandi laut, ada yang makan (bihun di taja oleh mat –terima kasih ler buatlah lagi yer sodap) dan ada jugak yang sekodeng,,oops bukan sekodeng, awek mat saleh yang lalu depan kami tu yang tergedik-gedik tunjuk tuuut..’sencor’ yer,   kami usya jelah!..tapi yang paling syok sekali dapat mandi air bukit di sungai tukun. Memang ‘best’ gila, sejuk dan nyaman sekali. Cuma sekali-sekala di kacau kera liar nak tumpang mandi sekali ( mungkin kera ni perasan member yang sama bau dengan diorang kot).

 

 

 

 dsc038681

 

 

 

 

                                                                 

 

dsc038711

 

 

 

 

 

 

 

 

 

img_0245 

 

 

 

            Begitulah ceritanya trip kami ke Taman Negara Pulau Pinang awal tahun ni..kira ni sebagai permulaan untuk projek yang lebih mencabar dan aktiviti yang hendak dirancang oleh geng minum petang ni…dengar kata lepas trip ni berjaya geng ini ada tubuhkan satu kelab yang belum didaftar. Cuma ada nama ajelah..iaitu Anak Dugong Adventure Team (A.D.AT 1208 ) –nota : penulis  pernah jumpa anak dugong ni kat Muka Head itu hari terdampar di tepi laut..tapi peliknya anak dugong ni pakai seluar dan berbulu ketiak hahaha….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3 Respons

  1. oklah tu

  2. tahniah bro, satu permulaan yg baik..
    tp satu je nk komen laa.. knp sembab sgt nk loading pic2 tue.. try guna image shack utk convert picture tue..

    benda baru kita pelan2 belajar melangkah..

    “lets make it happen”

  3. OK gua edit nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: